Tuesday, January 09, 2007

من عرف نفسه عرف ربه

Name : Mohamad Fairuz B Hj Tamjis

Age : Layak mengundi
Country : Malaysia

Alamat : Kg Parit Kadir, 83210 Senggarang, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Religion : Islam dari Kecil dan insyaallah sampai mati.
Fairuz bermaksud : Sebiji permata yang bewarna hijau kebiru-biruan. Sesuai dengan warna kegemarannya biru dan hijau.
Dilahirkan pada jam 2.55 pm tanggal 3 februari 1983 di Batu Pahat.

Latar Belakang Keluarga :

Nama Ayah : Hj Tamjis Bin Hj Yusof (al-marhum)
Nama Ibu : Hjh Rumini bte Mohd Masudi (al-marhumah)

Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ayat dan ibuku, al-Fatihah

Anak ke-9 dari 10 orang adik beradik :

1) Jamaluddin Hj Tamjis
2) Ismail Hj Tamjis
3) Hj Mostafa hj Tamjis
4) Rodiah hj Tamjis
5) Juriah Hj Tamjis
6) Rokiah Hj Tamjis
7) Hj Muhidir hj Tamjis
8) Mohd Salleh hj Tamjis
9) Hj Mohamad fairuz Hj Tamjis
10) Fatimah Hj Tamjis

Dari 10 orang adik beradik , kini saya mempunyai 36 orang anak saudara. Satu bilangan yang cukup besar. Kesemua ahli keluarga saya telah mendirikan rumah tangga kecuali saya dan adik. Baru berumah tangga dengan wanita idaman hati Maria Binti Bakri.

Latar belakang pengajian:

1) Tabika Kemas Sek. Keb Pt. Kadir (Nak masuk PASTI tapi kampong tiada PASTI waktu tu)
2) Sekolah Kebangsaan Parit Kadir (Tahun 1 – 6)
3) Sekolah Agama Kg. Parit Kadir (Tahun 1 – 6)
4) Sek. men. Agama Jawahir al-Ulum, Sek. Men. Agama (Sebulan)
5) Sekolah Agama Petang Bandar kluang (Setahun – darjah khas)
6) Sekolah Agama Petang Seri Rejo Sari (Darjah khas – periksa sahaja)
7) Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang (tingkatan 1 – 5)
8) Sek. Men. Agama (A) al-Khairiah Pasir Puteh (Setahun – Sijil STU)
9) Pusat Pengajian Tingi Islam MADIWA (Diploma Syariah)
10) Universiti Al-Azhar, Kaherah ( B.A hons Syariah Islamiah)

Kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat M.A di Maahad 'Ali Zamalik (Syukbah Ammah).
Kecenderungan :

- Minat menggodam komputer dan menelusuri dunia tanpa sempadan (internet)

- Menulis luahan hati dan kririkan di samping minat menulis artikel dan menterjemah. Akan tetapi kekadang, kesempitan masa dan diri sendiri yang malas membuatkan minat yang sepatutnya digilap agar menjadi nilai tambah dalam diri ini membuatkan ianya sedikit terabai.

- Over minat bab-bab yang berkaitan dengan designer dan computer. Adobe, Frontpage, Ulead video editor dan lain-lain program adalah saudara angkat saya ketika sepi. Walaupun tak pandai mana bab-bab ni sebab ngaji sekolah agama, tapi minat tetap minat. Tak kan nak jadi ustaz cokia jerk an. Kenelah tau dan advance bab-bab teknologi ni kan. Nak jadi Protaz la katakana (Profesional Ustaz)

- Minat membaca perkara berkaitan motivasi dan ilmiah. Tapi malas tetap menjadi halangan untuk banyak membaca.

- I am The Manchester utd akan tetapi yang lain-lain tetap bukan musuh saya. Arsenal, Chealsea dll..tapi..lawan tetap lawan..

- Mahu belajar selagi hayat di kandung badan.

Moto Hidup:

Allah Matlamat Kami, Rasul Pemimpin Kami, Al-Quran Perlembagaan Kami, Mati di jalan Allah Cita-cita Tertinggi Kami

Nasihat untuk diri:

Tiada apa yang lebih dalam diri insane yang bernama Mohamad Fairuz ini. Tetapi Allah berfirman dengan maksudnya : Dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memikirkan? Jadi bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan disamping berusaha untuk menjadi hambaNya yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Justeru, walau tiada kelebihan, walau tiada apa-apa yang istimewa, kita punya tugas besar, dan tugas itu akan dipersoalkan oleh Allah taala kelak di akhirat. Tugas itu ialah tugas ibadah.
Ibadah Meliputi segala konsep kehidupan..

Friday, April 29, 2005

Kenangan di KLIA - 2005

Sebahagian ahli keluarga yang hadir di KLIA. Tak sangka itu kali terakhir bertemu Emak. Lambaian terakhir itu akan ku ingat selalu.

Thursday, April 28, 2005

Album Family - Anak2 Saudara

Sebahagian dari anak-anak saudara. Dah semakin bertambah ramai. 2 tahun tak balik ni mesti ramai yang tak mengenali diri ini. Nami ammu balik la ok.